PEKANBARU: Kebakaran hutan dan tanah di wilayah Riau dijangka semakin memburuk apabila pihak berkuasa mengesahkan musim kemarau yang memuncak boleh menyebabkan risiko kebakaran berlarutan sehingga awal Ogos. Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), Dwikorita Karnawati, memaklumkan ketika ini terdapat 135 titik panas di seluruh Riau, terutamanya di daerah Pelalawan dan Rokan Hilir. BMKG meramalkan tahap kemudahan terbakar akan kekal tinggi hingga akhir Julai dan meningkat semula antara 29 hingga…










