Isteri tikam suami kerana pertikaian rumah tangga

Isteri tikam suami kerana pertikaian rumah tangga

isteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTAYA: Pertikaian rumah tangga bertukar menjadi tragedi apabial seorang wanita bertindak menikam suaminya selepas satu pertengkaran dengan keseluruhan kejadian itu dirakam CCTV.

Kejadian berlaku pada pukul 5 petang pada hari Khamis, 3 Julai, di hadapan beberapa siri bilik sewa bertentangan dengan Soi Kor Pai 10 di selatan Pattaya.

Penyiasat dari Balai Polis Bandaraya Pattaya, Leftenan Kolonel Polis Suchart Dusadee berkata, mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu dan tiba di tempat kejadian bersama anggota penyelamat.

Sebaik sahaja tiba didapati terdapat kesan darah yang ketara ditemukan di atas tanah di hadapan Bilik 79, sebahagian daripada deretan bilik sewa yang bersambung.

Mangsa yang dikenali sebagai Thirawat berusia 30 tahun, mengalami dua tikaman, satu di belakang kiri atas dan satu lagi di tulang kering kirinya, masing-masing berukuran kira-kira 1-2 sentimeter.

Dia mengalami pendarahan yang banyak, diberi pertolongan cemas oleh penyelamat sebelum dibawa ke Hospital Memorial Pattaya.

Seorang jiran, yang tinggal bersebelahan dengan bilik menceritakan, sebelum serangan, Thirawat terlibat dalam pertengkaran mulut dengan isterinya yang hanya dikenali sebagai Ice, juga berusia 30 tahun.

Kata saksi, pertengkaran bertukar kepada pergaduhan fizikal, dengan Thirawat kemudiannya ditemukan berlumuran darah.

Ice pula dilihat meninggalkan tempat kejadian, memimpin anak perempuan mereka, berusia antara tiga dan empat tahun.

Jiran kemudiannya melaporkan kepada polis dan punca perbalahan pasangan itu masih tidak diketahui. – Thaiger

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN