TEL AVIV: Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menerusi Ketua Turusnya, Jeneral Eyal Zamir buat pertama kali mengakui kumpulan Hamas masih belum dapat ditewaskan sepenuhnya meskipun operasi ketenteraan berlarutan hampir dua tahun di Genting Gaza. Dalam satu mesyuarat strategik yang diadakan di pangkalan tentera Gililot yang turut dihadiri oleh pegawai kanan dan komander operasi IDF, Jeneral Zamir menggesa supaya satu gencatan senjata jangka panjang dilaksanakan di Gaza, sambil menyifatkan tentera Israel kini…










