ISTANBUL: Pemimpin-pemimpin Eropah menyambut baik langkah Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang mengumumkan bahawa Perancis akan secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, langkah yang dianggap sebagai signifikan dalam usaha mencapai keamanan berkekalan di Asia Barat, menurut laporan agensi berita Anadolu (AA). Macron dalam satu kenyataan di platform X pada Khamis menyatakan beliau akan memformalkan pengiktirafan itu pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan September. Langkah itu disambut oleh…










