TEL AVIV: Menteri Tenaga Israel, Eli Cohen mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan menyatakan Semenanjung Gaza sepatutnya dibiarkan dalam keadaan musnah dan tidak dibangunkan semula selama beberapa dekad, lapor agensi Anadolu pada Sabtu. Dalam satu temu bual bersama saluran televisyen Israel, Channel 14, Cohen menegaskan Israel tidak mempunyai sebarang rancangan atau niat untuk membantu dalam pembinaan semula infrastruktur Gaza yang telah hancur akibat serangan berterusan. “Gaza sepatutnya kekal musnah selama beberapa dekad…










