KAHERAH: Satu kebakaran besar berlaku di sebuah pusat telekomunikasi utama di ibu negara Mesir, mengakibatkan gangguan ketara terhadap perkhidmatan telefon dan internet di seluruh bandar, menurut kenyataan dikeluarkan oleh Gabenor Kaherah. Kementerian Kesihatan memaklumkan, seramai empat orang maut dan 26 lagi cedera dalam insiden berkenaan. Kebakaran dipercayai bermula di tingkat tujuh bangunan pertukaran telefon bersejarah yang mempunyai 10 tingkat di pusat bandar Kaherah. Seorang wartawan AFP melaporkan asap hitam tebal dapat dilihat dari kawasan kejadian. Rakaman video yang dikongsi secara meluas di media sosial menunjukkan asap tebal keluar dari tingkat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya