BEIJING: Kementerian Pendidikan China mengeluarkan amaran keselamatan kepada pelajar-pelajar China yang berada di Filipina susulan beberapa insiden jenayah yang didakwa menyasarkan mereka. Dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan pada Jumaat, kementerian itu tidak memperincikan insiden yang dimaksudkan namun menasihatkan para pelajar supaya lebih berwaspada sekiranya memilih untuk melanjutkan pengajian di negara tersebut. Menurut akhbar South China Morning Post, bilangan pelajar China di Filipina dilaporkan semakin berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan anggaran hanya beberapa ratus orang yang masih mendaftar. Hubungan dua hala antara China dan Filipina kini berada dalam keadaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya