NORTHAMPTON: Penduduk tempatan di sebuah bandar kecil di Britain kini penuh tanda tanya apabila seekor burung merpati berwarna hijau terang mencuri tumpuan warga media sosial, sehingga menyebabkan ramai pengunjung yang datang dari seluruh pelosok negara hanya untuk melihatnya lebih dekat. Burung luar biasa itu yang kerap bertenggek di sekitar kawasan Gereja All Saints di pusat bandar Northampton, kini menjadi tarikan pelancong tidak rasmi malah video mengenainya meraih lebih empat juta…