BRASILIA: Mahkamah Agung Brazil mengenakan beberapa sekatan tegas terhadap bekas Presiden Jair Bolsonaro, termasuk perintah memakai gelang kaki elektronik, larangan keluar rumah pada waktu malam, serta pemantauan berterusan selama 24 jam. Langkah drastik ini diambil susulan kebimbangan beliau mungkin melarikan diri semasa perbicaraan jenayah yang kini berlangsung. Perintah tersebut dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Agung, Alexandre de Moraes, yang turut melarang Bolsonaro menggunakan media sosial, berkomunikasi dengan anak lelakinya, Eduardo Bolsonaro, serta berhubung dengan diplomat asing atau mana-mana kedutaan. Tindakan ini menyusul selepas pihak pendakwa mendakwa Bolsonaro cuba menggagalkan siasatan, melakukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya