PARIS: Hampir tiga perempat daripada tapak warisan budaya dan semula jadi dunia kini dalam ancaman serius akibat kekurangan atau limpahan air, menurut laporan baharu dikeluarkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) semalam. Kajian yang membabitkan 1,172 tapak warisan bukan marin di seluruh dunia itu mendedahkan 73 peratus daripadanya terdedah kepada sekurang-kurangnya satu risiko air yang besar, termasuk tekanan air, kemarau, banjir sungai mahupun banjir pesisir. Menurut…