LYON: Perkhidmatan penjara Perancis pada Sabtu memaklumkan satu siasatan dilancarkan selepas seorang banduan melarikan diri dengan menyorok di dalam bagasi rakan sepenjaranya yang dibebaskan selepas tamat menjalani hukuman. Menurut laporan stesen penyiaran BFMTV, banduan berusia 20 tahun itu meloloskan diri dari Penjara Corbas, berhampiran Lyon di tenggara Perancis pada Jumaat. Dalam kenyataan kepada AFP, pihak penjara menyatakan banduan berkenaan sedang menjalani beberapa hukuman penjara. “Dia mengambil kesempatan melalui pembebasan rakan…