BAITULMUQADDIS: Lebih sedozen aktivis yang ditahan oleh Israel selepas bot bantuan mereka dipintas dalam perjalanan ke Gaza melancarkan mogok lapar pada Isnin sebagai bantahan terhadap penahanan mereka, menurut sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang memberi bantuan guaman. Sekurang-kurangnya lima daripada 21 penumpang kapal Freedom Flotilla bernama Handala telah bersetuju untuk dihantar pulang selepas bot mereka dipintas dan dinaiki oleh tentera laut Israel ketika cuba memecahkan sekatan ketenteraan ke atas…










