GAZA: Hari yang sepatutnya membawa sedikit kelegaan buat wanita Gaza berakhir dengan insiden duka apabila dua wanita Palestin maut ditembak ketika cuba mendapatkan bantuan makanan di tapak agihan Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF), kelmarin. Walaupun agihan tersebut dikhaskan untuk wanita sahaja bagi mengurangkan risiko kekacauan, insiden keganasan tetap tercetus. Pengagihan makanan itu diumumkan lebih awal di media sosial, disertakan dengan ilustrasi wanita Palestin tersenyum menerima kotak bantuan. Hantaran GHF itu turut…










