LOS ANGELES: Seorang pemandu didakwa atas tuduhan menyerang selepas merempuh orang ramai di luar sebuah kelab malam di Hollywood awal pagi Sabtu, menyebabkan 30 orang cedera. Insiden itu mencetuskan kekecohan apabila orang awam menyerang dan menembak suspek sebelum dia ditahan pihak berkuasa. Menurut jurucakap Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), Rosario Cervantes, suspek dikenali sebagai Fernando Ramirez, 29, didakwa atas tuduhan menyerang dengan senjata berbahaya. Rakaman video di media sosial menunjukkan suasana panik dengan orang ramai berlari dan mangsa terbaring di kaki lima dengan berlumuran darah. “Sebaik tiba, anggota polis mendapati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya