WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) bakal melaksanakan pemberhentian kerja secara besar-besaran melibatkan 15 peratus kakitangan domestiknya sebagai langkah penstrukturan semula. Menurut kenyataan rasmi, tindakan itu sejajar dengan visi Presiden Donald Trump untuk melaksanakan dasar “America First” dalam pentadbiran dan dasar luar AS. Langkah yang dinamakan sebagai ‘Reduction in Force’ (RIF) itu dijangka melibatkan kira-kira 1,800 pekerja domestik, selain penawaran skim pemberhentian secara sukarela. Penstrukturan semula itu turut melibatkan penggabungan serta penghapusan ratusan biro di bawah Jabatan Negara, yang sebelum ini memainkan peranan penting dalam menasihati Presiden serta menerajui hal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya