HANOI: Vietnam memansuhkan dasar lama yang mengehadkan keluarga untuk tidak mempunyai lebih daripada dua anak, ketika negara itu bergelut dengan kadar kelahiran yang semakin menurun. Di bawah peraturan baharu yang diluluskan Jawatankuasa Tetap Perhimpunan Kebangsaan di Hanoi semalam, pasangan kini mempunyai hak untuk menentukan jumlah anak dan jarak masa antara kelahiran, menurut Agensi Berita Vietnam. Undang-undang sebelum ini hanya membenarkan satu atau dua orang anak bagi setiap keluarga, kecuali dalam…










