ISTANBUL: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Scott Bessent pada Rabu memaklumkan pentadbiran Presiden Donald Trump berkemungkinan besar menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas negara-negara yang sedang mengadakan rundingan perdagangan ‘secara ikhlas’ dengan AS, lapor Anadolu Ajansi (AA). Ketika memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Ways and Means Dewan Perwakilan AS, Bessent berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan 18 “rakan kongsi dagang penting” ke arah mencapai perjanjian perdagangan. “Kemungkinan besar negara-negara itu atau blok…









