Trump desak wartawan CNN dipecat susulan laporan loji nuklear Iran - Utusan Malaysia

Trump desak wartawan CNN dipecat susulan laporan loji nuklear Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menggesa seorang wartawan CNN, Natasha Bertrand, dipecat selepas dia melaporkan penilaian awal risikan yang mendakwa serangan udara AS terhadap kemudahan nuklear Iran hanya menjejaskan program tersebut selama beberapa bulan sahaja.

Dalam satu hantaran di platform Truth Social, Trump menuduh Bertrand menyebarkan “berita palsu” dan mendakwa wanita itu “cuba menjatuhkan reputasi juruterbang patriotik” yang terlibat dalam operasi tersebut.

Trump menulis Bertrand “harus dipecat serta-merta dan dibuang seperti anjing,” satu kenyataan yang mencetuskan kritikan meluas.

Laporan yang dipersoalkan itu menyatakan bahawa serangan ke atas tiga tapak nuklear utama Iran tidak memusnahkan komponen teras program tersebut, berdasarkan penilaian awal oleh Agensi Risikan Pertahanan (DIA).

Laporan itu turut disahkan oleh beberapa media lain termasuk The New York Times dan ABC News.

CNN mempertahankan laporan tersebut, menyatakan bahawa ia berdasarkan maklumat sah dan telah disahkan oleh sumber lain.

“CNN berdiri teguh di belakang kewartawanan Natasha Bertrand dan rakan-rakannya,” kata jurucakap rangkaian itu dalam satu kenyataan.

Trump terus menegaskan serangan tersebut telah menyebabkan “kemusnahan penuh” terhadap program nuklear Iran, walaupun penilaian rasmi menyatakan sebaliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×