BANGKOK: Thailand memberi amaran terhadap penyebaran berita palsu yang boleh memburukkan lagi ketegangan berkait pertikaian sempadannya dengan Kemboja, ketika Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra, menggesa usaha bersepadu dalam menangani isu berkenaan dan mengelakkan kegusaran awam. Jurucakap Kerajaan Thailand, Jirayu Huangsap, berkata Perdana Menteri mengarahkan semua kementerian termasuk Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat serta agensi keselamatan, supaya memantau rapat dan membendung penyebaran maklumat palsu yang boleh mencetuskan pergolakan atau memburukkan lagi keadaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya