LONDON: Lebih satu daripada 10 ibu bapa di United Kingdom (UK) mendakwa anak mereka mahu ponteng sekolah kerana keadaan tandas yang terlalu kotor dan tidak terurus, menurut satu kajian oleh badan kebajikan pendidikan Parentkind. Dalam tinjauan terhadap 2,000 ibu bapa, sekitar 17 peratus menilai tandas di sekolah anak mereka sebagai tidak bersih manakala 11 peratus mengatakan anak mereka pernah tidak hadir atau meminta untuk tinggal di rumah kerana enggan menggunakan…










