GAZA: Seorang doktor yang kehilangan sembilan daripada 10 anaknya dalam serangan udara tentera Zionis di Khan Younis, selatan Gaza, pada 23 Mei lalu, meninggal dunia kerana kecederaan parah dalam serangan sama. Dr. Hamdi al-Najjar, 40, yang bertugas di Kompleks Perubatan Nasser, sebelum ini kritikal selepas rumah keluarganya dibedil tentera Israel ketika beliau baru pulang menghantar isterinya, Dr. Alaa seorang pakar pediatrik di hospital yang sama. Pakar perubatan memaklumkan, Hamdi mengalami kecederaan serius termasuk kerosakan otak, patah tulang akibat serpihan bom, serta kecederaan parah di dada. Beliau memakai mesin bantuan pernafasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya