Skim Ponzi: Tokoh korporat diarah bayar balik RM385 juta

Skim Ponzi: Tokoh korporat diarah bayar balik RM385 juta

Anthony Constantinou
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang tokoh korporat diarahkan mahkamah membayar semula wang sebanyak 64 juta pound (RM385 juta) berikutan penglibatannya dalam skim pelaburan Ponzi yang menipu ratusan pelabur antara tahun 2013 hingga 2015.

Anthony Constantinou, 41, yang juga merupakan Ketua Eksekutif Capital World Markets (CWM), kini melarikan diri dan dipercayai bersembunyi di Turkiye atau Dubai selepas meninggalkan United Kingdom semasa perbicaraannya di Mahkamah Mahkota Southwark, London, pada Jun 2023.

Dia disabitkan secara in absentia bagi tujuh pertuduhan termasuk penipuan, perdagangan palsu serta pengubahan wang haram, dan dijatuhi hukuman penjara selama 14 tahun.

Constantinou memperdayakan 312 pelabur dengan janji pulangan 60 peratus setahun melalui dagangan mata wang asing (FX) yang kononnya bebas risiko dan kebanyakan mangsa terdiri daripada individu biasa yang melaburkan wang persaraan dan simpanan seumur hidup mereka, termasuk sejumlah besar komuniti bekas tentera Gurkha.

Menurut kenyataan Polis Bandaraya London, perintah rampasan harta bernilai 64 juta pound telah dikeluarkan oleh mahkamah dan perlu dilunaskan dalam tempoh tiga bulan disamping turut mendedahkan gambar beberapa kenderaan mewah yang dibeli menggunakan wang pelabur, termasuk Porsche, Range Rover dan motosikal berjenama mewah.

Dalam usaha menampilkan imej CWM sebagai syarikat kukuh dan berjaya, Constantinou membelanjakan jutaan pound untuk tajaan sukan termasuk Honda Moto GP, kelab bola sepak Chelsea, pasukan ragbi Wigan Warriors, promosi tinju Cyclone Boxing dan Pameran Bot London.

Perbicaraan selama tujuh minggu turut mendedahkan perbelanjaan melampau Constantinou seperti 2.5 juta pound (Rm14 juta) untuk majlis perkahwinan mewahnya di Santorini, Greece, serta 70,000 pound (RM 400,000) bagi sambutan hari lahir anaknya yang pertama.

Sebanyak 470,000 pound (RM2.7 juta) dibelanjakan untuk menyewa jet peribadi ke acara Moto GP dan percutian lima hari menaiki kapal layar mewah di sekitar Monaco manakala syarikat turut menyewa pejabat mewah di Heron Tower dengan bayaran 200,000 pound (RM1.1 juta) setiap suku tahun, manakala rumah agamnya di Hampstead disewa dengan kadar hampir 600,000 pound (RM3.4 juta) bagi tempoh enam bulan.

Constantinou juga pernah dipenjara selama setahun pada 2016 setelah disabitkan kesalahan mencabul dua wanita dalam satu majlis sosial dengan seorang mangsa menggambarkan suasana pejabatnya seperti dalam filem The Wolf of Wall Street.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN