Rakyat Gaza perlu ambil makanan dalam masa 20 minit atau ditembak Zionis

Rakyat Gaza perlu ambil makanan dalam masa 20 minit atau ditembak Zionis

PENDUDUK Palestin berkumpul di pusat pengagihan makanan milik Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) berhampiran kem pelarian Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Hampir 80 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak awal pagi Rabu termasuk 14 orang yang menunggu bantuan makanan berhampiran pusat pengagihan.

Hospital al-Awda dan Al-Aqsa Martyrs di Gaza memaklumkan kepada Al Jazeera, sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan beberapa cedera akibat tembakan Israel ketika menunggu bantuan berhampiran Persimpangan Netzarim di tengah Gaza.

Insiden ini adalah antara siri serangan yang berlaku berhampiran pusat agihan bantuan yang diwujudkan sejak akhir bulan lalu oleh Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF), sebuah inisiatif yang disokong oleh Israel dan AS.

Pusat-pusat ini dikritik hebat oleh pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai perangkap maut dan pusat ‘penyembelihan manusia’.

Agensi bantuan kemanusiaan dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut mengecam GHF dengan menyatakan yayasan itu gagal memenuhi keperluan asas penduduk dan menjadikan bantuan makanan sebagai senjata dalam operasi ketenteraan Israel.

Menurut wartawan Al Jazeera di Bandar Gaza, Hani Mahmoud, pusat-pusat bantuan yang dikendalikan GHF biasanya terletak berhampiran kawasan yang dikuasai tentera Israel termasuk kehadiran kereta kebal, kenderaan perisai dan penembak tepat.

“Apabila orang ramai berkumpul dalam jumlah besar, mereka menjadi sasaran mudah kepada tembakan Israel.

“Lebih membimbangkan, orang ramai hanya diberi tempoh 20 minit untuk mendapatkan bantuan seperti pek makanan. Selepas tempoh itu berakhir, tembakan biasanya bermula. Itulah antara sebab mengapa ramai yang terkorban di pusat-pusat ini,” katanya.

Tekanan semakin meningkat terhadap GHF yang mula beroperasi di wilayah Palestin pada hujung Mei lalu dengan yayasan itu menafikan bertanggungjawab bagi semua insiden kematian penduduk Palestin ketika mendapatkan bekalan makanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN