BAT YAM, Israel: Seorang wanita, Julia Zilbergoltz memberitahu dia tidak pernah berdepan dengan situasi getir seperti ini selepas bedlan peluru berpandu Iran tepat mengenai kompleks kediamannya di tengah Israel awal pagi ini.
“Saya tertekan dan terkejut. Saya penah berdepan masa sukar, namun tidak pernah hadapi situasi getir seperti ini.
“Saya berada di rumah, sedang tidur dan tidak mendengar bunyi siren mengenai ancaman serangan peluru berpandu.
“Saya hanya terjaga selepas terdengar bunyi letupan kuat,” katanya.
Bedilan itu menyaksikan enam orang terbunuh termasuk dua kanak-kanak.
Seorang lagi penduduk Yahudi, Yivgenya Dudka turut menceritakan perkara sama iaitu dia tidak sangka serangan kali ini amat dahsyat.
Katanya, terlalu banyak kemusnahan di Israel Ketika ini.
“Tiada apa lagi tinggal. Semuanya sudah musnah, rumah kami hancur,” katanya.
Di utara Israel, empat orang terkorban apabila peluru berpandu Iran mengenai pekan Tamra, menjadikan angka korban di negara itu mencecah 13 orang.
Siaran televisyen Israel juga menyiarkan rakaman kemusnahan beberapa infrastruktur akibat serangan balas Iran.
Menurut data oleh Pejabat Perdana Menteri Israel, bedilan peluru berpandu Iran mengenai 22 lokasi di seluruh negara haram itu.









