TEL AVIV: Beberapa menteri kanan Israel dari parti sayap kanan dilaporkan meningkatkan tekanan terhadap media antarabangsa yang membuat liputan di lokasi serangan peluru berpandu Iran malah, mengancam akan meminta agensi keselamatan menyiasat organisasi media terbabit. Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir, dalam surat kepada agensi keselamatan dalaman Shin Bet mendakwa sesetengah media asing melanggar arahan penapisan dan melakukan kesalahan keselamatan negara yang serius dengan menyiarkan siaran langsung dari lokasi serangan peluru…










