COPENHAGEN: Syarikat perkapalan gergasi dari Denmark, Maersk, mengumumkan akan menamatkan kerjasama dengan syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan penempatan haram Israel di wilayah pendudukan Tebing Barat, susulan tekanan berterusan dari aktivis pro-Palestin. Keputusan itu dibuat selepas beberapa bulan syarikat tersebut menjadi sasaran kempen antarabangsa yang diketuai oleh Pergerakan Belia Palestin (Palestinian Youth Movement, PYM), sebuah organisasi akar umbi yang memperjuangkan keadilan untuk rakyat Palestin. Selain memfokuskan kepada penghantaran ketenteraan AS melalui…










