BAITULMUQADDIS: Majoriti rakyat Israel menyokong penamatan perang di Gaza serta usaha mencapai perjanjian pertukaran tawanan dengan Hamas. Laporan agensi berita Anadolu (AA) yang memetik satu tinjauan terbaharu diterbitkan semalam oleh portal berita Israel, Walla. Kajian berkenaan dijalankan dengan kerjasama institut penyelidikan swasta, Panel4All, membabitkan 583 responden dengan kadar ralat sebanyak 4.3 peratus. Menurut laporan Walla, sebanyak 67 peratus rakyat Israel menyokong langkah menghentikan serangan di Gaza dan mendapatkan pembebasan tebusan…










