PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja Hun Manet semalam memaklumkan dua lagi pintu sempadan dengan Thailand ditutup sepenuhnya susulan pertikaian sempadan yang berterusan antara kedua-dua negara anggota ASEAN itu, lapor Xinhua. Hun Manet berkata, tentera Thailand sudah memaklumkan kepada Gabenor Wilayah Oddar Meanchey di Kemboja mengenai keputusan sepihaknya untuk menutup pintu sempadan Choub Korki mulai Ahad. “Saya bersetuju dengan maklum balas gabenor bahawa kita juga akan menutup pintu sempadan itu secara…











