WASHINGTON: Harga minyak mentah dunia mencatatkan lonjakan peratusan harian tertinggi dalam beberapa tahun, mencerminkan kebimbangan konflik yang lebih luas di Asia Barat bakal mencetus gangguan besar terhadap bekalan tenaga global. Minyak mentah Brent, penanda aras global, naik 4.3 peratus kepada AS$72.40 setong (RM307.21) manakala West Texas Intermediate (WTI), penanda aras Amerika Syarikat (AS), melonjak lima peratus kepada AS$71.40 (RM303.17) setong. Menurut Reuters, ini merupakan kenaikan harian tertinggi bagi kedua-dua penanda aras sejak Mac 2022, sebulan selepas Russia melancarkan pencerobohan berskala penuh ke atas Ukraine. “Lonjakan harga Brent mencerminkan kebimbangan segera…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya