TEL AVIV: Kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mendakwa gencatan senjata di Semenanjung Gaza bakal berlaku dalam masa terdekat telah mengejutkan para pegawai Israel, menurut laporan akhbar Yedioth Ahronoth. Beberapa pegawai yang tidak dinamakan tetapi terlibat dalam rundingan berkaitan tawanan di Gaza menyatakan bahawa mereka tidak melihat sebarang petanda perubahan dalam pendirian Hamas mahupun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Sebaliknya, mereka menyifatkan kenyataan Trump sebagai sekadar harapan politik…










