ISTANBUL: Pasukan bomba di Turkiye bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan yang sudah memasuki hari kedua di wilayah barat Izmir, apabila api marak diburukkan oleh angin kencang, menurut kenyataan Menteri Perhutanan dan laporan media tempatan pada Isnin. Kebakaran berlaku di kawasan Kuyucak dan Doganbey, dengan kelajuan angin mencecah antara 40 hingga 50 kilometer sejam, yang menyebabkan api merebak pantas sehingga memaksa empat buah kampung dan dua kawasan kejiranan dipindahkan, kata Menteri Perhutanan, Ibrahim Yumakli. Lebih seribu anggota termasuk helikopter, pesawat pemadam api serta jentera darat telah dikerahkan bagi mengawal situasi, kata Yumakli…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya