CHICAGO: Senaman bukan sahaja mampu mengurangkan risiko kematian akibat kanser, malah lebih berkesan daripada rawatan ubat-ubatan dalam mencegah penyakit itu daripada berulang. Penemuan kajian yang berlangsung lebih sedekad itu diumumkan Persatuan Onkologi Klinikal Amerika (ASCO) di Chicago dan diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England. Kajian itu disertai pesakit dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Perancis, dan Kanada mendapati senaman terancang selepas rawatan kanser dapat mengurangkan risiko kematian 37 peratus serta menurunkan risiko kanser berulang atau kanser baharu sebanyak 28 peratus. Dalam kajian tersebut, seramai 889 pesakit kanser kolon kebanyakannya di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya