Iran dakwa tembak jatuh jet pejuang F-35 Zionis, juruterbang Israel ditawan - Utusan Malaysia

Iran dakwa tembak jatuh jet pejuang F-35 Zionis, juruterbang Israel ditawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Tentera Iran mendakwa mereka menembak jatuh jet pejuang F-35 Israel yang ketiga sejak serangan rejim Zionis bermula pada Jumaat lalu.

Menurut laporan media milik kerajaan Iran, Tehran Times, seorang juruterbang Israel didakwa terbunuh manakala seorang lagi ditawan oleh pasukan tentera Iran.

Namun, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyifatkan laporan itu sebagai berita palsu.

“Berita yang disebarkan oleh media Iran ini adalah tidak berasas sama sekali,” kata jurucakap IDF bagi media Arab, Kolonel Avichay Adraee.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengumumkan pelancaran operasi ketenteraan yang dinamakan ‘Operation Rising Lion’ sebagai usaha untuk mengekang ancaman senjata nuklear dari Iran terhadap Israel.

Netanyahu menegaskan bahawa operasi tersebut akan diteruskan sehingga misi berjaya disempurnakan.

Serangan Israel ke atas Iran pada 13 Jun mengakibatkan sekurang‑kurangnya 78 orang terbunuh dan lebih 320 cedera akibat serangan udara yang menyasarkan kemudahan nuklear dan tentera serta kawasan perumahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×