Imej satelit dedah AS mula alihkan pesawat tentera dari pangkalan di Qatar - Utusan Malaysia

Imej satelit dedah AS mula alihkan pesawat tentera dari pangkalan di Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Berpuluh-puluh pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) tidak lagi berada di atas landasan di sebuah pangkalan utama AS di Qatar, menurut imej satelit.

Langkah itu mungkin diambil bagi melindungi pesawat-pesawat itu daripada serangan udara Iran, ketika Washington mempertimbangkan sama ada untuk campur tangan dalam konflik Teheran dengan Israel.

Antara 5 hingga 19 Jun, hampir semua pesawat yang kelihatan di Pangkalan Al Udeid tidak lagi kelihatan secara terbuka, menurut imej yang diterbitkan oleh Planet Labs PBC dan dianalisis oleh AFP.

Hampir 40 pesawat tentera, termasuk pesawat pengangkut seperti Hercules C-130 dan pesawat peninjau diletakkan di atas landasan pada 5 Jun. Dalam imej yang diambil pada 19 Jun, hanya tiga pesawat kelihatan.

Kedutaan AS di Qatar mengumumkan pada hari Khamis akses ke pangkalan tersebut akan dihadkan ‘atas dasar langkah berjaga-jaga dan memandangkan ketegangan serantau yang sedang berlaku’ dan menggesa kakitangan ‘meningkatkan waspada’.

Rumah Putih berkata, Presiden AS, Donald Trump, akan membuat keputusan dalam tempoh dua minggu akan datang sama ada untuk menyertai serangan sekutunya, Israel, terhadap Iran.

Republik itu kemudian mungkin bertindak balas dengan menyerang pangkalan-pangkalan AS di rantau tersebut.

Mark Schwartz, bekas leftenan jeneral dalam Tentera Darat AS dan penyelidik pertahanan di Rand Corporation, berkata anggota, pesawat dan kemudahan di Al Udeid adalah ‘amat terdedah’ memandangkan jaraknya yang dekat dengan Iran.

Schwartz, yang pernah berkhidmat di Asia Barat, memberitahu AFP, sekecil serpihan peluru berpandu pun sekalipun boleh menyebabkan pesawat ‘tidak dapat melaksanakan misi’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN