NEW DELHI: Banjir kilat dan tanah runtuh akibat hujan monsun selama dua hari lalu, meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di timur laut India. Pegawai pengurusan bencana negeri memaklumkan, lapan orang maut di Assam dan sembilan lagi di Arunachal Pradesh, kebanyakan akibat tanah runtuh. Lima lagi maut dalam kejadian tanah runtuh di negeri jiran, Mizoram, menurut pihak berkuasa negeri. Pegawai turut memaklumkan, enam orang terkorban di Meghalaya serta sekurang-kurangnya dua lagi maut di negeri Nagaland dan Tripura. Amaran merah dikeluarkan untuk beberapa daerah di rantau itu selepas hujan lebat berterusan selama tiga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya