ISLAMABAD: Hujan lebat berterusan dan banjir kilat di seluruh Pakistan sejak bermulanya musim monsun meragut sekurang-kurangnya 45 nyawa. Wilayah paling terjejas ialah Khyber Pakhtunkhwa yang bersempadan dengan Afghanistan dengan 21 kematian dilaporkan termasuk 10 kanak-kanak. Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah, 14 mangsa maut di Lembah Swat di mana laporan media menyebut sekeluarga dihanyutkan oleh arus deras ketika berada di tebing sungai. Di wilayah Punjab, kawasan paling padat penduduk di Pakistan yang terletak di sempadan dengan India, 13 kematian direkodkan sejak Rabu. Daripada jumlah itu, lapan adalah kanak-kanak yang maut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya