CHONGQING: Sebuah hotel percutian bertemakan panda merah di wilayah pergunungan berhampiran bandar Chongqing dikecam selepas menggunakan haiwan itu untuk mengejutkan tetamu dari tidur. Lehe Ledu Liangjiang Holiday Hotel yang mempromosikan ‘percutian bertemakan panda merah’ sebelum ini membenarkan haiwan berbulu comel tersebut memasuki bilik penginapan untuk memberi kejutan pagi kepada pelancong, namun tindakan itu mengundang kritikan meluas selepas tular dalam media sosial. Rakaman video yang dimuat naik oleh pengunjung menunjukkan panda…