JAKARTA: Gunung berapi Lewotobi Laki-Laki, antara gunung paling aktif di Indonesia, meletus petang semalam dengan memuntahkan abu panas dan asap tebal setinggi 10,000 meter ke udara, sekali gus memaksa pihak berkuasa menaikkan amaran aktiviti gunung berapi ke tahap tertinggi. Gunung yang terletak di wilayah selatan-tengah negara itu mula menunjukkan peningkatan ketara dalam aktiviti seismik sebelum letusan besar berlaku sekitar pukul 5.30 petang (waktu tempatan). Letusan tersebut menghamburkan asap pekat berwarna…