BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran akan mengambil tindakan lanjut terhadap Israel sekiranya tiada penambahbaikan konkrit dilakukan bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Ketua Dasar Luar EU, Kaja Kallas berkata, selepas menghadiri mesyuarat bersama para menteri luar blok itu di Brussels, adalah amat jelas Israel telah melanggar komitmen hak asasi manusia dalam tindakannya di wilayah-wilayah tersebut. Menurut beliau, jika situasi semasa terus merosot, EU berkemungkinan…










