WINDHOEK: Seorang ahli perniagaan dan dermawan terkenal yang banyak menyumbang dana bagi pemuliharaan singa gurun di Namibia maut selepas diserang oleh seekor singa betina ketika berada di kawasan perkhemahan utara negara itu. Mangsa, Bernd Kebbel, 59, diserang secara tiba-tiba oleh seekor singa betina liar sejurus beliau turun dari khemah atap yang dipasang di atas kenderaan pacuan empat roda miliknya, kira-kira awal pagi Jumaat lalu. Ketika itu, beliau dipercayai bangun untuk…










