DUBAI: Satu kebakaran besar berlaku melibatkan sebuah bangunan setinggi 67 tingkat di kawasan Marina di sini, menurut Pejabat Media Dubai (DMO), semalam. Menurut laporan akhbar Khaleej Times, kesemua 3,820 penduduk dari 764 unit pangsapuri di Marina Pinnacle dipindahkan dengan selamat selepas kebakaran bermula lewat malam Jumaat. Kebakaran juga dapat dipadamkan oleh pasukan Pertahanan Awam Dubai yang bertungkus lumus selama enam jam untuk mengawal api. Menurut DMO, pihak berkuasa kini bekerjasama…










