WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap empat hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang didakwa melakukan tindakan tidak sah kerana menyasarkan AS dan sekutunya, Israel. Setiausaha Negara, Marco Rubio mengumumkan tindakan tersebut dalam satu kenyataan pada Khamis. Sekatan itu menyasarkan Solomy Balungi Bossa dari Uganda, Luz del Carmen Ibáñez Carranza dari Peru, Reine Adelaide Sophie Alapini-Gansou dari Benin dan Beti Hohler dari Slovenia dengan mereka tidak dibenarkan masuk ke AS.…










