BAITULMUQADDIS: Agihan bantuan di Gaza terpaksa dihentikan pada Jumaat selepas Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) yang disokong Amerika Syarikat (AS) dan Israel memaklumkan keadaan terlalu sesak menjadikan operasi tidak selamat untuk diteruskan, sekali lagi menjejaskan usaha bantuan. Ketika Gaza terus berdepan kekurangan makanan yang kritikal, pertempuran berlanjutan di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza. Pihak berkuasa kesihatan tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 40 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel, kebanyakannya di utara Gaza.…










