WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengarahkan pengunduran petugas diplomatik bukan penting serta ahli keluarga mereka dari beberapa kedutaan di Asia Barat, susulan ketegangan yang semakin meruncing di rantau itu terutama melibatkan Iran. Langkah pengunduran separa itu dibuat ketika Teheran mengancam akan menyasarkan pangkalan tentera Amerika di rantau berkenaan sekiranya konflik meletus, manakala Presiden AS, Donald Trump pula menyatakan beliau kini kurang yakin terhadap prospek mencapai perjanjian nuklear bersama Iran. Menurut kenyataan Jabatan Negara AS, perintah pengunduran itu melibatkan semua kakitangan bukan penting di Kedutaan AS di Baghdad, Iraq, sejajar dengan komitmen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya