Tiga maut dalam kebakaran besar di bekas pangkalan tentera udara UK - Utusan Malaysia

Tiga maut dalam kebakaran besar di bekas pangkalan tentera udara UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tiga individu termasuk dua anggota bomba disahkan maut dalam kebakaran di bekas pangkalan tentera udara Britain, menurut kenyataan rasmi pada Jumaat.

“Anggota bomba dan rakan setugas Majlis Daerah Oxfordshire hari ini berkabung dengan kehilangan dua anggota bomba yang terkorban ketika menjalankan tugas dalam menangani insiden besar di Bicester, selatan England,” menurut kenyataan daripada majlis tersebut.

Seorang orang awam turut terbunuh dalam kejadian itu manakala dua lagi anggota bomba masih dirawat di hospital akibat kecederaan serius selepas kebakaran tercetus pada malam Khamis, menurut kenyataan sama.

“Berita yang amat menyedihkan.

“Fikiran dan doa saya bersama keluarga serta rakan-rakan mangsa. Keberanian anggota bomba kita sungguh luar biasa. Saya berharap mereka yang sedang dirawat akan pulih sepenuhnya dan segera,” tulis Perdana Menteri Britain, Keir Starmer di platform X.

Seramai 10 pasukan bomba dan penyelamat dikerahkan ke lokasi kebakaran di bekas pangkalan RAF Bicester Motion yang kini menempatkan lebih 50 perniagaan yang memfokuskan kepada pemulihan dan kejuruteraan kereta klasik.

Asap hitam tebal masih kelihatan berkepul dari tapak kejadian pada Jumaat namun kebakaran telah berjaya dikawal, menurut Ketua Pegawai Bomba Majlis Daerah Oxfordshire, Rob MacDougall.

Kematian dalam kalangan anggota bomba ketika bertugas amat jarang berlaku di United Kingdom dan sejak 2010, hanya empat kematian direkodkan oleh Kesatuan Briged Bomba.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN