Tarif solar AS pacu peralihan tenaga di Asia Tenggara 

Tarif solar AS pacu peralihan tenaga di Asia Tenggara 

PANEL solar kecil dan lampu berkuasa solar dijual di kedai alat baiki rumah di Bangkok.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pakar berpendapat rancangan Amerika Syarikat (AS) mengenakan duti import tinggi terhadap panel solar dari Asia Tenggara bakal memacu peluang besar bagi negara di rantau ini untuk mempercepatkan peralihan tenaga yang sudah lama tertangguh.

Awal bulan ini, Washington mengumumkan rancangan untuk mengenakan duti tinggi ke atas panel solar dari Kemboja, Vietnam, Thailand dan Malaysia.

Langkah itu susulan siasatan yang dilancarkan sebelum Presiden, Donald Trump mengambil alih jawatan, berhubung ‘amalan tidak adil’ di negara tersebut, terutama oleh syarikat berpangkalan di China.

Pengarah Urusan Institut Anjakan Tenaga, Putra Adhiguna berkata, Asia Tenggara menyumbang hampir 80 peratus daripada import panel solar ke AS tahun lepas tetapi tarif baharu itu secara praktikal akan menjadikan eksport solar ke Washington mustahil secara komersial.

Namun, terdapat sinar harapan bagi rantau ini, jelas Pengarah Urusan Asia Research and Engagement, Ben McCarron.

“Cukai dan perang perdagangan ini berkemungkinan akan mempercepatkan peralihan tenaga di Asia Tenggara.

“China dijangka akan menggiatkan usaha di pasaran serantau dan mendorong pelaksanaan dasar serta rancangan yang membolehkan penggunaan tenaga hijau dipercepatkan di seluruh rantau ini, didorong oleh para pengeksportnya,” katanya.

Para penganalisis telah lama memberi amaran negara-negara di rantau ini bergerak terlalu perlahan dalam usaha beralih daripada bahan api fosil yang memanaskan bumi seperti arang batu.

Badan pemikir tenaga Ember dalam satu laporan tahun lalu berkata, Asia Tenggara berisiko terlepas peluang yang ditawarkan oleh penurunan kos tenaga angin dan solar, yang kini lebih murah berbanding bahan api fosil.

Namun, Penganalisis Tenaga Kanan di Ember, Muyi Yang berkata, rejim tarif Trump sebaliknya menawarkan peluang berganda bagi rantau ini.

“Setakat ini, industri solar tempatan sebahagian besar bersifat oportunistik, menumpukan kepada penggunaan sumber domestik atau kelebihan buruh untuk keuntungan eksport.

“Jika terputus dari pasaran AS, industri ini boleh menumpukan perhatian kepada peralihan tenaga domestik, mempercepatkan penggunaan tenaga hijau di peringkat tempatan, sekali gus memacu satu pasaran baharu yang boleh bertindak sebagai pelindung semula jadi terhadap ketidaktentuan pasaran luar,” jelasnya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya