NEW YORK: Bekas jurubank Goldman Sachs Group Inc., Tim Leissner yang dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah di New York semalam berikutan peranan pentingnya dalam skandal 1MDB memohon maaf kepada rakyat Malaysia. Lapor Reuters, Leissner mengakui dan menyesali kesilapannya. “Pertama kali, saya memohon maaf secara tulus ikhlas kepada semua rakyat Malaysia. “Saya amat menyesali dengan perbuatan saya,” katanya. Pihak berkuasa Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menganggarkan AS$4.5 bilion (RM19 bilion) dicuri dari 1MDB melibatkan pegawai peringkat tertinggi dalam dana itu. Ketua Hakim, Margo Brodie menyifatkan tindakan Leissner biadap dan berani…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya