Sindiket edar dadah Malaysia-Thailand tumpas, 261kg syabu dirampas - Utusan Malaysia

Sindiket edar dadah Malaysia-Thailand tumpas, 261kg syabu dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB) menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang melibatkan warga Thailand dan Malaysia dalam satu operasi besar di wilayah Songkhla, selatan Thailand.

Pengarah Penguatkuasaan Undang-Undang Narkotik ONCB, Prin Mekanandha berkata, operasi tersebut dijalankan pada 24 April lalu hasil kerjasama rapat antara pihak berkuasa Thailand dan agensi penguatkuasaan antarabangsa bagi membanteras rangkaian dadah yang aktif di sempadan selatan negara itu dengan Malaysia.

Prin mendedahkan pasukan penyiasat menjejaki rangkaian sindiket tersebut selama lebih sebulan, termasuk menjalinkan kerjasama erat dengan pihak berkuasa Malaysia.

“Hasil siasatan mendapati dadah jenis syabu seberat 261 kilogram disimpan buat sementara waktu di Songkhla sebelum dibawa ke Narathiwat untuk diseludup ke Malaysia dan seterusnya diedarkan ke negara lain,” katanya.

Menurutnya lagi, dua suspek rakyat Thailand yang diberkas mengaku mereka diupah untuk mengangkut dadah tersebut dan pernah menyeludup sejuta pil methamphetamine ke Malaysia dengan bayaran sebanyak 120,000 baht (RM15,500).

Pihak berkuasa kedua-dua negara percaya bekalan dadah tersebut berpunca dari kawasan ‘Segitiga Emas’ yang terkenal sebagai pusat pengeluaran dadah utama di rantau ini.

“Beberapa individu penting dalam rangkaian telah dikenal pasti dan siasatan masih diteruskan. Langkah penyitaan aset turut dirancang bagi melumpuhkan operasi sindiket ini sepenuhnya,” kata Prin seperti dilaporkan The Nation.

Rampasan terbaharu ini menandakan peningkatan aktiviti penyeludupan dadah di kawasan sempadan dan memperkukuh keperluan kerjasama serantau dalam membanteras jenayah rentas negara yang semakin kompleks. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya