Serpihan kapal angkasa Soviet mungkin jatuh di UK

Serpihan kapal angkasa Soviet mungkin jatuh di UK

SERPIHAN kapal angkasa Kosmos-482 diramal jatuh ke United Kingdom pada Ahad ini. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Serpihan kapal angkasa milik Soviet yang terbiar di orbit bumi sejak lebih lima dekad lalu kini diramalkan memasuki semula atmosfera bumi secara tidak terkawal dalam tempoh tiga hari lagi, dengan kemungkinan kecil ia jatuh di United Kingdom (UK).

Menurut amaran yang dikeluarkan Pejabat Serpihan Angkasa Agensi Angkasa Eropah (ESA), serpihan Kosmos-482 dijangka akan membuat kemasukan semula ke atmosfera sekitar pukul 8.12 pagi waktu UK pada hari Ahad ini.

Kosmos-482 yang dilancarkan pada 31 Mac 1972 merupakan sebahagian daripada misi ke planet Zuhrah, sepatutnya mendarat di permukaan planet itu namun, kegagalan pelancar untuk melepasi tarikan graviti bumi menyebabkan kapsul tersebut tersangkut di orbit sejak 53 tahun lalu.

Saintis masih belum dapat menentukan lokasi tepat pendaratan semula kapsul tersebut, tetapi kawasan berpotensi dianggarkan antara latitud 52 darjah utara hingga 52 darjah selatan termasuklah selatan England dan beberapa bahagian Wales.

Walaupun kemungkinan ia jatuh di kawasan berpenduduk adalah kecil, saintis memberi amaran kapsul itu dibina amat kukuh khususnya bahagian kapsul titanium yang direka untuk menahan tekanan dan suhu ekstrem di Zuhrah dan dijangka sebahagiannya akan sampai ke bumi dalam keadaan utuh.

“Pada 10 Mei, serpihan kapsul pendaratan yang dikenali sebagai Kosmos-482 akan memasuki atmosfera bumi secara tidak terkawal. Kapsul ini adalah sebahagian daripada misi Venera Soviet dan dilancarkan 53 tahun lalu,” kata kenyataan ESA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN