BERLIN: Serpihan kapal angkasa era Soviet yang berada di orbit selama lebih lima dekad dipercayai sudah memasuki atmosfera bumi semalam, menurut Agensi Angkasa Eropah (ESA). Pesawat angkasa Kosmos 482, yang dilancarkan pada tahun 1972 dalam misi ke Zuhrah, gagal mencapai orbit planet tersebut dan sebaliknya terperangkap dalam orbit bumi. Sejak itu, ia terpecah kepada empat bahagian yang terus mengelilingi planet ini selama lebih 50 tahun. Pusat Pemantauan dan Penjejakan Angkasa…










